Masa muda Walther von Brauchitsch

Brauchitsch telah dilahirkan di Berlin dan merupakan anak kelima kepada seorang jeneral kavalri. Beliau memasuki Französisches Gymnasium Berlin (Kolej Francais Berlin), iaitu sebuah sekolah berbahasa Perancis. Brauchitsch telah ditauliahkan sebagai seorang Leftenan dalam Rejimen Ke3 Pengawal Prusia pada tahun 1900. Di dalam Perang Dunia Pertama, beliau bertugas sepenuhnya sebagai pegawai staf am. Sebelum itu, pada 29 Disember 1910 beliau mengahwini Elizabeth von Karstedt,seorang perempuan kaya yang mewarisi 300,000 ekar tanah (1,200km) di negeri Pomerania (tetapi telah bercerai pada Februari 1938 dan mengahwini Charlotte Schmidt pada September 1938).